Wednesday, December 29, 2010

-

Jika suatu hari aku gila.

Semua kerana perempuan-perempuan aku.

---

--

-

Tuesday, December 28, 2010

SEPIT

Aku paling bahagia sehingga . . .

...

...

...

Monday, May 3, 2010

JALAN PUSARA AMAN

Dah lama rasanya aku tak ke Kuala Lumpur. Konsert Double Trouble telah berjaya menjemput aku ke sana. Kalau tak, jangan harap la. Kalau tahun 2009 aku mungkin banyak alasan untuk ke Kuala Lumpur. Bukan ke Kuala Lumpur sangat la tapinya, ke Jalan Pusara Aman, Kampung Melayu Subang. Kereta yang aku sewa dari Ambank aku rasa mampu untuk membawa aku ke sana bila-bila masa walau malam telah menjanda.

Kot…

Kampung Melayu Subang ni tidaklah sehebat mana pada pandangan mata kasar aku. Lebih kurang Maran Bandar Ayam Kampung jek. Kampung Sentosa tanah tumpah darah aku pun tak de ramai mamat Indonesia macam kat Kampung Melayu Subang. Tapi Indonesia pun Melayu juga. Nama Kampung Melayu tu tetap boleh digunakan pakai la kiranya.

Kot…


Dengan persekitaran yang aku kira sesak dan tercemar Kampung Melayu Subang ni tak de la best mana pun. Boleh tahan banyak juga la kereta-kereta yang lalu lalang. Sebab tak payah lalu tol agaknya. Jimat dan sesak dan lagi sampai lambat ke rumah. Susah nak dapat kat Maran Bandar Ayam Kampung ni. Bawak motor scooter Ego colour putih mesti cepat, boleh cilok-cilok. Tapi dalam kesesakan macam tu aku dapat rasa mesti akan berlaku perkara-perkara sakti. Diraba ketika sedang membawa moto scooter Ego colour putih contohnya. Aku rasa ni akibat pulang lewat dari kerja. Banyak kali juga aku pesan. Sendiri tanggung la. Aku tak mampu nak selamatkan. Jika aku di tempat kejadian pun mungkin aku akan buat hal aku sendiri. Nak kejar pun macam susah jek. Maaf aku sangat fobia membawa moto scooter Ego colour putih dengan laju. Aku dapat rasa mungkin akan ada mamat gentlemen yang konon mampu memenangi hati gadis-gadis cantik dan katik (aku memang suka gadis-gadis macam ni. Memang taste aku. Sumpah tak tipu) dengan kata-kata manis slang-slang orang putih walaupun beliau tidak tahu apakah itu MUET, dengan kemahiran mencipta lagu dan menyanyi dalam Bahasa Inggeris. Aku rasa kalau aku jumpa mamat gentlemen macam ni memang aku terus mengaku aku gay depan dia lepas tu ajak couple. So sweet..

Kot…

Majoriti penduduk di Kampung Melayu Subang ni aku ingat kaya-raya la. Aku tengok tanah sikit punya luas, buat rumah sewa dua tiga bijik lepas tu sewakan dalam lima enam ratus. Masyuk jugak la. Tak pun bukak kedai makan. Aku cadangkan nama Delima Corner. Pasal Delima tu nama buah (aku hentam). Jual lak nasik lemak sedap. Terer jugak la makcik tu masak kari ayam tak pakai santan, Puan Mazenah bt. Ali apa kurangnya. Kalau duduk kat Venice dua hari pun aku dapat rasa mak aku mampu buat pizza yang lagi sedap dari pizza yang orang Venice buat.

Kot…

Konsert Double Trouble?? Nanti-nantilah. Kepala aku nak terkehel layan head banging. Kaki kanan macam dah tak boleh bengkok. Berat badan pun mcm dah turun sikit (kesan daripada perbuatan terkinja-kinja ).

Kot…

Tempat ni sikit lagi nak macam New York....
Kot...
*** Ruby belum pernah sampai ke Jalan Pusara Aman. Cilakak...

Thursday, April 29, 2010

SORGA YANG PASTI

Jangan aku tertiarap di pintu sorga sedangkan jalannya telah di depan mata.
Jangan aku menderita di dalam neraka sedangkan itulah yang selayaknya.
Jika aku ke sorga aku ingin bersama.
Jika aku ke neraka, aku akan heret kau bersama.
Aku pasti akan ke sorga kerana Kalimah Syahadah rukun pertama.
Aku mungkin akan ke neraka kerana Kalimah Janji Sumpah Setia.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kakiku dibibirmu, mayatmu dibahu jalan.

Monday, April 26, 2010

PUPUS

Pagi tadi aku lambat ke tempat kerja. Dah hampir separuh jugak la tazkirah pagi dibaca baru aku sampai. Semua kerana perkhemahan di Hutan Lipur Berkelah yang penuh dengan line telefon ( tak percaya pergi tengok sendiri la ). Penat macam haram. Dalam sehari adalah 4,5 kali aku turun naik panjat air terjun bagi menjayakan aktiviti yang mereka namakan explorace ( macam pernah dengar ). Aku cadangkan kepada sesiapa yang berminat nak rasa minum air sungai tanpa perlu dimasak, Air Terjun Berkelah adalah tempatnya. Memang aku yakin akan kebersihan airnya ( air jek la tapinya, kat atas macam haram gak. Cilakak mana tak pandai nak angkut sampah keluar aku tak tau la ).

Tazkirah pagi pada perhimpunan kali ini dibacakan oleh Tuan Syed Rosli ( mamat neh terer main catur ). Aku sempat la terdengar hujung-hujung telinga beliau menyebut satu kaum yang telah pupus di muka bumi Allah S.W.T. ni iaitu kaum Saba’.

Habis jek perhimpunan aku bukak komputer riba. Seperti biasa bukak Yahoo Mesengger dulu. Lepas tu baru on Facebook ( rutin biasa ni ). Aku bukak satu lagi tab kat internet explorer dan terus taip “ kaum Saba’”. Pantas jari jemari aku bermain dengan tetikus tatkala mata liar memerhati skrin komputer riba aku.

“Ohhh.. Hebat rupanya kaum Saba’ ni.” Aku berkata sendiri dalam hati.

Saba' adalah nama suatu kabilah dari kabilah-kabilah Arab yang tinggal di daerah Yaman sekarang ini. Mereka mendirikan kerajaan yang terkenal dengan nama kerajaan Saba yang ibukotanya Ma'rib. Kerajaan ini terkenal dengan teknologi pertanian dan pengairan yang super hebat dan berbakat. Empangan Ma’rib yang menjadi mercu tanda kerajaan Saba’ ini adalah teknologi yang tidak termampukan oleh manusia hari ini. Aku rasa kalau empangan Ma’rib masih ada Tun Dr. Mahathir tetap akan rilek-rilek John jek. Empangan Ma’rib ada satu. Kami ada KLCC, bukan satu, tapi dua. Heh….

Kehebatan teknologi pertanian kaum Saba’ ini terbukti sehingga mereka mampu mengira masa yang diperlukan oleh sebatang pokok untuk membuahkan hasil. Bila cukup masanya pekerja yang mengusahakan kebun-kebun hanya perlu membawa bakul dan berlalu di bawah pepohon buah-buahan tersebut dan buah-buahan tersebut akan gugur dengan sendiri. Tak terfikir oleh aku. Sehingga demikian rupa mereka mengira masa. Aku ingat aku jek yang terer. Set alarm untuk menuai hasil di Barn Buddy. Kebun alam maya yang menjadi kecintaan aku.

Pengakhirannya, kaum Saba’ ini dihancurkan oleh teknologi mereka sendiri yakni Empangan Saba’ yang runtuh dan memuntahkan air ke seluruh kerajaan Saba’( Janganlah KLCC menjadi punca kehancuran 1Malaysia ini. Mintak selisih malaikat.) Puncanya? Hanyalah seekor tikus..

Hebat juga budak tikus ni…

Hebat juga aku lukis budak tikus ni.

Sunday, April 25, 2010

SIRI BACA KAMUS

Suka 1. perasaan girang dalam hati : maka sangatlah sukacitanya ia serta ditunjukkannya ~ nya itu ; 2. girang hati, senang hati : semua orang ~ melihat mereka berbahagia ; 3. mahu ( mengerjakan sesuatu ), rela, sudi : aku boleh menutup kedaiku kalau aku ~ ; 4. gemar akan : orang di sini todak ~ memakan daging ; 5. setuju ( dgn ), cocok, sesuai : ayahku tidak ~ duduk di sini ; 6. kehendak ( kemahuan ) hati : mahu tak mahu dimasukkan sahaja beras seberapa ~ dan ditaruh air ; 7. menaruh kasih ( kpd ), cinta ( akan), sayang ( akan ) : dia tidak ~ pd budak-budak ; 8. berkenan akan, mahu akan : aku tak ~ engkau menggangu mereka ; 9. mudah sekali, kerap kali, selalu, sering kali : kereta ini ~ rosak ; ~ hati a) girang ( senang ) hati, sukacita ; b) kehendak ( kemahuan ) hati ; ~ ramai, ( yg ) digemari ramai, popular : lagu-lagu ( majalah-majalah ) ~ ramai ; ~ duka kegembiraan dan kesedihan ;


Sayang 1. mengasihi, mencintai : ~ benar Zalina kps suaminya ; ibu mana yg tidak ~ kpd anaknya ; 2. kasihan, berasa belas ( akan ) : orang-orang India itu berasa ~ melihat kami, dan sebab itulah mereka membawa makanan utk kami ; 3. kasih, cinta : dr mana datangnya ~, dr mata turun ke hati ; kasih ~ a) kasih, cinta ; b) belas kasihan ; 4. bp kasih, jantung hati : kenapa ~ bercakap begitu? 5. terasa kesal ( rugi dll ) : ~nya Si Tuah tiada ; ~, dia tidak datang ;

Aku baca dan menelaah. Ada sedikit persamaan rupanya. Aku perlu menjaga tutur kata, taipan sms mahupun komen di Facebook.

Puan Mazenah Bt. Ali.

Aku suka dan sayang sorga aku.

* Aku copy bulat-bulat dari Kamus Dewan ( edisi ketiga ) cetakan ketujuh 2002. Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wednesday, April 21, 2010

SIMPATI vs HATI

Semalam dekat Maran yang juga dikenali di 1 Malaysia ni sebagai Bandar Ayam Kampung ada pasar malam. Macam dah takde binatang lain diorang nak letak. Konon nak style Temerloh Bandar Ikan Patin la. Sorry to say orang Maran. Memang Maran selayaknya mendapat gelaran itu. Dah la ayam, kampung lak tu. Lebih tepat lagi Bandar Cap Ayam. Entah bila nak maju. Aku ingat bila GAGASAN ARDA menaik taraf menjadi pusat kecemerlangan gemilang anak-anak nanti mesti Maran akan menjadi tumpuan orang-orang bijak pandai. Kalau korang perasan la, mana-mana tempat yang ada tempat belajar mesti agak maju la. Kot. Koman-koman ada KFC macam kat Bandar Tun Abdul Razak atau lebih senang untuk disebut oleh orang kampung aku sebagai Bandar Pusat. Satu-satunya Bandar kat Jengka. Kira pusat la kan. Kan? Kan? Sebab Bandar Pusat ada KFC adalah kerana wujudnya UITM kampus Jengka. Pelanggan sasaran adalah pelajar-pelajar yang menuntut ilmu dunia dan mungkin juga sedikit ilmu akhirat sebab aku tengok budak UITM Jengka ni liar semacam. Kurang didikan akhirat la tu. Bukan semua la tapinya. Mostly. Begitulah nanti adanya Maran jika terbinanya GAGASAN ARDA aku ( tapi budak-budak semua ok. Berlevel tabligh yang berjiwa rock. Tak macam UITM Jengka ) Ada KFC dekat Maran weii. Korang tak nak ke? Jadi orang Maran sokonglah aku untuk membina GAGASAN ARDA aku tu nanti. Terutamanya bab-bab duit. Ehihihihihihi ( gelak mengada ni ).Aku berperasaan tak perlulah aku bercerita panjang lebar tentang Bandar Maran. Jauh sekali pasal GAGASAN ARDA. Akan aku ceritakan di entry aku yang lain.

Masa dekat pasar malam tu, aku beli 2 cucuk bontot ayam goreng ( setiap cucuk ade 5 ketul ), 3 cucuk hati ayam goreng ( setiap cucuk ada 3 ketul ), 1 bungkus Mee Kawah dan 1 bungkus Kue Teow Kawah. Sambil-sambil jalan aku hentam 1 cucuk bontot ayam goreng. Kesemua 5 ketul aku makan. Lepas tu aku makan lagi 1 cucuk hati ayam goreng. Setiap ketul aku lahap dari cucuk itu. Dalam masa aku berjalan menengok orang-orang yang tak putus-putus datang bertempiaran. Mereka datang berjual beli, datang menengok-nengok, datang mengusha amoi, datang untuk tayang baju dan rambut kaler yang kunun-kunun menampakkan mereka H’indie”( cilakak budak-budak ni ) dan macam lagi datang sakti yang pelbagai citarasanya, mata aku tertumpu pada seorang pakcik yang duduk terpaku di atas kerusi lipat memegang kole’( mug besi ). Terdapat beberapa keping duit syiling dalam kole’ tu. Aku usha pak cik tu atas bawah. “Pak cik ni buta ke?” Soalan pertama dari aku untuk aku. “ Tak” aku jawab sendiri. “ Pakcik ni lumpuh ke?” Soalan kedua dari aku untuk aku. “Tak” aku jawab sendiri lagi. “ Pak cik ni kenapa ye? Macam sihat jek aku tengok” lagi soalan dari aku untuk aku. Dah tak de sesiapa nak jawab soalan aku untuk aku tu, sebab aku sendiri tak tau. Hasil pengamatan tajam aku kuat menyatakan yang pak cik tu sebenarnya sihat walafiat dan mungkin akan membesar bagai johan jika diberikan susu berkhasiat seperti Alpha Lipid ( Cilakak. Kalau bukan bos aku yang nak minum jangan harap aku nak beli ).

Aku mendekati pak cik tu sambil menyeluk saku mengeluarkan not seringgit seraya meletakkannya dalam kole’ dan aku terus berlalu menuju ke kereta. Dalam masa aku menyetat kereta tu aku tedengar-dengar suara yang terngiang berkata “ buat sesuatu ikut hati, jangan ikut simpati “. Aku segera bingkas dari kereta dan menoleh ke arah pak cik tadi. “Nasib ko baik hari ni pak cik sihat. Ko paw aku seringgit”. Bebel aku sendirian. Tak bermakna jua sedekah aku tadi rupanya. “ Cilakak punya pak cik sihat”. Hati mula membentak dan cuba menguasai simpati yang telah pun berjaya bertindak.

Jangan simpati kepada sesiapa. Ikut kata hati. Pentingkan diri sendiri sebelum orang lain. Aku memang begini.

*kalau korang bijak, kacak belanak, dan ayu kasturi. Berapa ketul lagi bontot ayam goreng aku yang tinggal?

JULIET = ARDA

“ARDA te mende bos..?” soalan pertama dari Encik Ahmad Faizun Jamaludin ( Bos Haskat). “ARDA te ape boh?” lagi soalan yang sama dari Cik Nor Ilma bt. Mustapa Kamal ( aku tak pasti betul tak ejaan nama ayah dia ni. Kalau salah ampunkan aku cik il). Dua soalan sama dari orang yang berbeza. Aku tak berperasaan lak ada orang akan perasan aku tukar tajuk blog aku dari JULIET DUNIAKU kepada GAGASAN ARDA. Ada jugak orang terklik dan terbaca blog aku. Aku suka.

Kenapa JULIET? Kenapa ARDA? Kenapa tidak nama lain? Sebenarnya JULIET dan ARDA adalah orang yang sama. Nama asal adalah Rabiatul Adawiyah ( selamba aku petik nama ni. Ada gak yang kena maki. Tapi macam la aku peduli.) Rabiatul Adawiyah adalah nama mak cik aku. Rabiatul Adawiyah bt. Ali. Adik kepada Puan Mazenah bt. Ali ( mak aku daaaa). Mak cik aku yang lebih aku senangi dengan panggilan Ngoh Yoh ( sebab dia adik mak aku yang no 2 ) sangat la garang. Kadang-kadang aku sendiri yang hanya seorang anak saudara dimaki hamun macam anak sendiri. Sepak terajang jangan cakap la. Siap rotan bersaiz hampir 1 meter pernah melintang kat belakang aku ( salah aku nakal sangat. Tak perlu diceritakan ). Dalam pada beliau seorang yang garang aku tau beliau seorang yang sangatlah menyayangi anak-anak kecil. Sama macam orangnya. Kecil molek, cantik, ayu, manis, dan macam-macam lagi kata yang indah-indah untuk beliau. Ngoh Yoh aku ni ada 9 orang anak. Semuanya baik-baik belaka, hormat orang tua, saling bekerjasama adik-beradik ( selama yang aku tengok la. Tak tau la belakang aku macam mana. Tapi perasaan aku ingat sama jek macam orang lain. Adik beradik mana yang tak pernah bergaduh dok ). Anak-anak saudara pun disayangi macam anak-anak sendiri (adik beradik aku la tu) waima anak-anak jiran.

Pernah aku terperasan Ngoh Yoh aku belikan baju sekolah untuk anak-anak jiran. Aku ingat sebab dia nak suruh anak-anak jiran tu rajin pergi sekolah la tu. Tak pun sebab jiran tu tak berapa nak senang. Lepas tu anak berjujut. Rezeki masing-masing. Anak ramai pun kira rezeki gak walaupun tak berapa nak senang. Ada orang yang senang sikit tapi tak de anak dan lagi beruntung ada orang yang senang serta mempunyai anak yang bakal mewarisi kesenangan ibubapa. Cilakak. Nak senang aje. No wonder la budak-budak pengikut aku yang baru berumur belasan tahun dah mampu nak pakai telefon bimbit mahal nak mam (makan), buat rambut kaler-kaler, yang perempuan buat kerinting rambut ( aku ingat beratus gak ongkos buat kerinting ni ), beli gitar karan ( kunun-kunun H’indie la ) dan macam-macam lagi perkara sakti yang tidak termampukan oleh budak-budak yang beribubapakan orang yang tak berapa nak senang.

Berinspirasikan nama mak cik aku tu lahirlah idea dalam kepala hotak benak aku ni GAGASAN ARDA. GAGASAN ARDA ni sebenarnya aku angan-angankan sebuah rumah untuk anak-anak yang tak berapa nak senang atau lebih tepat lagi rumah anak-anak yatim. Anak-anak tak yatim pun tak pe. Aku ambik jek. Terutamanya anak-anak yang bakal dibakar dan dibuang dalam tong sampah oleh ibubapa syaitan mereka yang tak tau nak lafaz akad nikah, yang tak tau rukun nikah, yang tak kenal wali sendiri. Aku ingat diorang ni tau sedap jek la. Cilakak dari aku untuk mereka.

Permulaannya GAGASAN ARDA akan menjaga mereka bagai menatang minyak yang penuh dan dipenuhi dada serta hati mereka dengan ilmu dunia dan akhirat. Untuk perancangan seterusnya aku kena berharap sikit pada anak-anak first batch keluaran GAGASAN ARDA ni. Aku agak pasti mereka akan jadi orang yang berguna dan semoga mereka tidak seperti kacang lupakan kulit. Aku tak mintak banyak. Aku nak diorang tolong didik generasi GAGASAN ARDA yang berikutnya macam diorang dididik dengan baik atau lebih tepat sikit jadi macam pensyarah atau cikgu atau ustaz atau ustazah. Anak-anak ni dah tak payah lagi sekolah dekat sekolah harian biasa macam aku dulu-dulu. Aku dah mula berperasaan yang bukan-bukan masa tu. Bila dah ramai anak-anak GAGASAN ARDA yang dah berjaya, aku akan bukak GAGASAN ARDA ni untuk anak-anak orang senang lak. Dalam masa yang sama-sama anak-anak orang senang ni boleh la bergaul dengan anak-anak orang yang tak berapa nak senang. Tapi jangan harap aku nak bagi masuk free macam anak-anak orang tak berapa nak senang tadi. Bayar la woiiii. Mana aku nak cekor duit nak buat korang study. Masa tu aku dah dapat bayang GAGASAN ARDA dah jadi macam sekolah swasta bertaraf bintang. Ramai budak-budak pandai ilmu dunia dan akhirat dilahirkan dari kedua golongan senang dan tak berapa nak senang. Terkenal di setiap pelusuk 1 Malaysia ni.

Best jugak kalau jadi ni. Tu aku belum cerita pasal GAGASAN ARDA menaik taraf sebagai instisusi pengajian tinggi lagi tu. Mesti lagi best la aku ingat.

*Kalau korang rajin korang tanya la dengan pakcik google. Korang taip jek JULIET ARDA. Mungkin pak cik google akan tolong perkenalkan. Tapi bukan mak cik aku la. Mak cik aku dah lama pulang ke dunia sana. Al-Fatihah untuk beliau…
Aman lah disana JULIET ARDA...

Tuesday, April 20, 2010

LUPA

Kian aku lupa
Pada usul jerih ibu dan bapa
Bila mewah harta di birai mata

Kian aku lupa
Pada derita moyang dahulu kala
Bila asyik riak dan berbangga

Kian aku lupa
Pada azab dan seksa di sana
Bila Tuhan melimpahkan kurnia

Kian aku lupa
Pada dia yang aku cinta
Bila aku asyik bergembira

Tetapi

Aku hanya tak lupa
Bila terlewat masa
Untuk menyesali segala
Terlanjur laku dan bicara
Bahagia bertukar derita
gembira menjadi derita

Bertambahnya masa

Aku kian lupa
Aku kian gembira
Aku kian bahagia

dan terus lupa hendak-NYA

*Aku adaptasi dari buku teks form 1 ni. Pengikut kat tempat kerja aku punya.

Monday, April 19, 2010

BAIK...

Ada kawan aku cakap. “Kalau ko nak berkawan ko berkawan jek. Tapi bila ko suka dia ko kena ambik risiko sikit la ko nak bagitau dia. Bila ko berkawan lain. Bila dia tau ko suka dia dah jadi lain. Masa berkawan dia takde cover-cover. Bila dia tau ko suka dia, dia akan jadi lain.”
Kadang-kadang bila aku fikir balik macam betul jek. Takpe la. Aku taknak ambil risiko. Aku akan ambil risiko jika ianya menguntungkan aku. Sesuatu yang tak pasti tidak dikira. Kalau aku berniaga memang tak untung la aku rasa.

Kadang-kadang pun aku fikir kalau ambil risiko pun macam best gak. Bila dapat rasa puas dia lain macam. Kalau dapat benda alah yang tak usaha ni aku rasa macam cilakak pun ada. Lansung aku tak berapa nak sayang. Sayang la gak. Tapi sayang gitu-gitu jek. Jadi usaha adalah perlu. Usaha tangga kejayaan ( ditambah sedikit dengan sedikit luck ). Usaha pasti berjaya ( yang ni tipu jek sebenarnya ). Usaha pasti berjaya wak lu…. Aku tengok apek tua kat Maran usaha tiap-tiap hari beli nombor ekor. Tak pernah kena pun. Kira apek tu usaha jugak la kayuh basikal, redah hujan dan kadang-kadang hampir kena langgar. Cilakak… Don’t drive & drink.. Aku rasa apek ni tak cukup luck la. Kena sembahyang angguk-angguk lebih sikit. Tak pun sembahyang angguk-angguk tak cukup waktu ni. Orang kita sembahyang tunggang-tunggik ( merujuk kepada ruku’ dan sujud) tapi sama macam apek yang sembahyang angguk-angguk jek aku tengok. Kadang-kadang dia lak lagi beria dari apek yang sembahyang angguk-angguk.

Berbalik kepada usaha. Kalau ikut pandangan aku yang berpelajaran di sekolah harian biasa ni usaha perlukan sedikit luck atau lebih tepat lagi nasib baik. Pernah dengar tak orang cakap “tawakal jek la”?? Haaaa… Lebih kurang la tu. Jadi kesimpulan yang aku buat, usaha dulu bersungguh-sungguh (usaha sikit-sikit pun kadang-kadang jadi. Aku pernah tengok ni. Betul. Aku tak tipu ) , lepas tu baru tawakal, harapkan nasib baik anda.
Aku dengan yakin dan bertenaga mempercayai aku adalah seorang yang memiliki nasib yang baik. Tapi dengan rilek-rilek John aku tak nak usaha pun. Kalau nasib baik semuanya akan ok.. Bongok~!! Kata aku pada diri sendiri.

Sunday, April 18, 2010

TAK TIPU LA..

Biar masa yang hilangkan semua. Lama-lama hilang la.Makin lama makin lupa, makin lupa makin tak ingat, makin tak ingat makin hilang, makin hilang terus senyap macam tu je. Terbalikkan frasa “ Tak kenal maka tak cinta”. Pun lebih kurang gak. Kot… (padahal tipu diri sendiri ni)

Bertenang seperti biasa, sepertinya tidak kejadian apa-apa atau bahasa orang putihnya pretend like nothing happen (tipu diri sendiri lagi).

Berpura-pura gembira supaya orang lain gembira dengan kehadiran kita. Aku pernah terdengar kawan aku cakap orang putih to be happy make others happy. ( lagi tipu diri sendiri dan secara tidak lansung tipu orang lain yang berfikiran kita gembira ).

Mengarut je. Baik layan lagu tipu diri sendiri ni. (follow je link tu aku tak tipu)

http://www.youtube.com/watch?v=nfI2znqhGuI








Friday, March 26, 2010

SEDAP..

Saye ade kawan. Die seorang penagih.. Ustaz Hadi bin Ibrahim memulakan perbualan [Ustaz Hadi bin Ibrahim adalah satu-satunya guru yang mengajar Bahasa Arab di SMK MARAN ].

Kawan saye tu dah berenti nagih dekat sepuluh taun jugek. Keknye baru-baru ni saye dapat kabo kawan saye tu ngisak balik.
Tambah Ustaz Hadi lagi.

Awok rase la sepul mende yang buat kawan saye ni ngisak balik? Beliau mengajukan soalan kepada aku.

Ntoh la ostat. Anjing kalo dah biase makan taik, tok dapat makan die cium jugek dok? Jawab aku tanpa yang komen panjang lebar sebab tengah melahap mee goring daa…

Ho’oh yekkk…Rase dak saye dadoh ni sedak. Tu yang die ngisak balik. Die rindu ke mende te. Komen beliau sendiri selepas mendapat respon yang kurang dari aku.

Kalo rindu tu kire sedak la ostat yekk.. Soal aku sedikit ala-ala nak merancakkan perbualan. [ Mohd Haizam B. Arifin pun pernah berkata sedap akan mengundang kerinduan]

Dalam hati berkata..
Juliet??
33-27-34…hrmmmm…sedap..no wonder la aku rindu..


*Perbualan adalah dalam loghat Pahang Yang Makmur [ beloh-beloh Chenor ]

Tuesday, March 23, 2010

SILA PILIH

Setat petang 21/03/2010 fikiran aku melayang. Apa yang nak ditulisi dalam blog yang baru aku memasuki ini. Pening otak aku memikirinya. Apa ke mende la blog-blog ni semua. Tapi aku menggatali tangan aku nak mencuba. Macam main Barn buddy kat facebook la. Aku akhirnya yang memang farking sangat dengan game-game bodoh ni jadi ketagihan teruk. Siap set alarm semata-mata nak tengok kebun alam maya aku.

"Sori...koi dok main game online kat facebook. Tok pasei koi nok mencemor akaun facebook koi ngan mende-mende gitu." Kata-kata oleh Fauzi Rahim [Pozi].

"Mende kite dapat main mende gitu yekk??" Pertanyaan oleh Ahmad Faizun Jamaludin [Bos Haskat].

" Dapat menamboh self confidence dalam diri kabo dak die." Dijawab pula oleh Mohd Fazli Shahaimi merujuk kepada si polan bin si polan [ nama beliau terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu ].

Sehingga ke hari ini Pozi dan Bos Haskat masih bertahan. Mereka memang berpegang pada prinsip masing-masing. Itu yang buat aku macam mengagumi makhluk berdua ni. Bagi mereka kata itu kota. Mereka berfikiran tidak seperti yang sepatut difikirkan. Mereka juga telus dengan apa yang berada dalam lingkungan darjah penglihatan mereka. Itu hak mereka....

Aku? Terpilih? Memilih? Dipilih?

Itu hak saya Bob. Kata aku pada Mohd Razif b. Radzi [ Budak form 6 ]

Btol cikgu [ Bob mengiyakan pernyataan aku ]

SILA PILIH~

Sunday, March 21, 2010

SPECIAL THANKS...........

Ini adalah entry aku yang pertama. Tiada apa yang ingin aku ceritakan. Tapi..... Ya, tapi... Semuanya mesti bermula dari 1 dok? entry yang pertama ini cukup untuk aku nyatakan ucapan puluhan, ratusan, ribuan, jutaan TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada semua orang yang mengenali diri ini [ macam ucapan kat radio daaaa ]. Aku tidak pasti adakah entry-entry aku yang berikut akan mengundang rasa marah, mual, loya, suka, bengang, dan macam-macam lagi perasaan manusia sakti yang malas aku nak taip secara panjang lebar dan setebal cermin mata cikgu suria anita [ cikgu ngajo masok-masok kat sekolah aku ].

kring...kring..... [ bunyi telepon daaa ]

hello...pul balik makan nasik [ mak aku ]

ok bos... roger...[ aku ]

Terima kasih mak.....