Monday, April 26, 2010

PUPUS

Pagi tadi aku lambat ke tempat kerja. Dah hampir separuh jugak la tazkirah pagi dibaca baru aku sampai. Semua kerana perkhemahan di Hutan Lipur Berkelah yang penuh dengan line telefon ( tak percaya pergi tengok sendiri la ). Penat macam haram. Dalam sehari adalah 4,5 kali aku turun naik panjat air terjun bagi menjayakan aktiviti yang mereka namakan explorace ( macam pernah dengar ). Aku cadangkan kepada sesiapa yang berminat nak rasa minum air sungai tanpa perlu dimasak, Air Terjun Berkelah adalah tempatnya. Memang aku yakin akan kebersihan airnya ( air jek la tapinya, kat atas macam haram gak. Cilakak mana tak pandai nak angkut sampah keluar aku tak tau la ).

Tazkirah pagi pada perhimpunan kali ini dibacakan oleh Tuan Syed Rosli ( mamat neh terer main catur ). Aku sempat la terdengar hujung-hujung telinga beliau menyebut satu kaum yang telah pupus di muka bumi Allah S.W.T. ni iaitu kaum Saba’.

Habis jek perhimpunan aku bukak komputer riba. Seperti biasa bukak Yahoo Mesengger dulu. Lepas tu baru on Facebook ( rutin biasa ni ). Aku bukak satu lagi tab kat internet explorer dan terus taip “ kaum Saba’”. Pantas jari jemari aku bermain dengan tetikus tatkala mata liar memerhati skrin komputer riba aku.

“Ohhh.. Hebat rupanya kaum Saba’ ni.” Aku berkata sendiri dalam hati.

Saba' adalah nama suatu kabilah dari kabilah-kabilah Arab yang tinggal di daerah Yaman sekarang ini. Mereka mendirikan kerajaan yang terkenal dengan nama kerajaan Saba yang ibukotanya Ma'rib. Kerajaan ini terkenal dengan teknologi pertanian dan pengairan yang super hebat dan berbakat. Empangan Ma’rib yang menjadi mercu tanda kerajaan Saba’ ini adalah teknologi yang tidak termampukan oleh manusia hari ini. Aku rasa kalau empangan Ma’rib masih ada Tun Dr. Mahathir tetap akan rilek-rilek John jek. Empangan Ma’rib ada satu. Kami ada KLCC, bukan satu, tapi dua. Heh….

Kehebatan teknologi pertanian kaum Saba’ ini terbukti sehingga mereka mampu mengira masa yang diperlukan oleh sebatang pokok untuk membuahkan hasil. Bila cukup masanya pekerja yang mengusahakan kebun-kebun hanya perlu membawa bakul dan berlalu di bawah pepohon buah-buahan tersebut dan buah-buahan tersebut akan gugur dengan sendiri. Tak terfikir oleh aku. Sehingga demikian rupa mereka mengira masa. Aku ingat aku jek yang terer. Set alarm untuk menuai hasil di Barn Buddy. Kebun alam maya yang menjadi kecintaan aku.

Pengakhirannya, kaum Saba’ ini dihancurkan oleh teknologi mereka sendiri yakni Empangan Saba’ yang runtuh dan memuntahkan air ke seluruh kerajaan Saba’( Janganlah KLCC menjadi punca kehancuran 1Malaysia ini. Mintak selisih malaikat.) Puncanya? Hanyalah seekor tikus..

Hebat juga budak tikus ni…

Hebat juga aku lukis budak tikus ni.

No comments:

Post a Comment